Falkner Paint Template

Falkner Paint Template Falkner Paint Template

Falkner Paint Template

Falkner Paint Template Falkner Paint Template

Falkner Paint Template

Falkner Paint Template Falkner Paint Template

Falkner Paint Template

Falkner Paint Template Falkner Paint Template

Objektif

Program Counseling Tech.Net “We Care, We Alert” adalah program anjuran unit bimbingan dan kaunseling. Program ini dirancang berdasarkan kepentingan serta tugas dan tanggungjawab unit bimbingan dan kaunseling dalam memberi pengetahuan dan input yang berguna bagi membuka minda para pelajar berkaitan isu-isu semasa dan terkini iaitu melibatkan akademik, kerjaya, psikososial, keluarga, kepimpinan, peribadi, aktiviti, pengurusan diri, pendidikan dan pencegahan dadah, HIV/AIDS, dan motivasi. Program seperti ini juga mewujudkan perkongsian pendapat dan pandangan di samping mendedahkan pelajar dengan dunia teknologi. Dengan pendedahan yang diberikan, diharap para pelajar dan semua pihak dapat menilai dan meningkatkan potensi diri ke arah perubahan yang lebih lebih baik. Justeru diharap program ini dapat memberi faedah kepada pelajar dan semua pihak di samping memberi pengalaman baru.

Semoga blog ini membantu pengurusan pelajar
Latest News

Kes Disiplin 1


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seorang pelajar tingkatan tiga, K.Yazhovan telah mati selepas terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolahnya baru-baru ini. Pihak polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut walaupun begitu mereka akan tetap melakukan siasatan. Beberapa pelajar Sekolah Menengah Seksyen 1, Bandar Kinrara, Puchong yang menyaksikan kejadian itu akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Yashovan yang berumur 15 tahun dilaporkan terjatuh dari tingkat dua sekolahnya pada pukul 10:30 pagi dan mengakibat dia cedera parah di kepala telah dikejarkan ke Hospital Serdang sebelum dipindahkan ke Wad Neurologi Hospital Kuala Lumpur. Dia meninggal dunia selepas langsung tidak sedarkan diri semenjak dimasukkan ke hospital.

Beberapa persoalan telah timbul dengan kejadian yang menimpa anak tunggal ini. Pertamanya adakah kejadian ini merupakan satu kemalangan atau memang disengajakan? Lebih-lebih lagi Yashovan ada mengadu dia pernah dibuli semasa di sekolah. Sementara itu beberapa pelajar yang melihat kejadian itu memberitahu bapa Yashovan bahawa anaknya telah dibiarkan terbaring hampir sejam sebelum seorang kakitangan sekolah bertindak menelefon ambulan.

Satu lagi kejadian di Gombak seorang ketua pengawas telah dipukul oleh beberapa orang pelajar sehingga cedera anggota badan dan menerima beberapa jahitan di kepala. Difahamkan ketua pengawas ini telah mengambil nama pelajar ini yang datang lewat ke sekolah pada pagi kejadian.

Selepas tamat waktu persekolahan pada hari itu, pelajar ini bersama-sama beberapa rakannya yang menaiki motor telah menahan ketua pengawas berkenaan di luar pagar sekolah. Mereka telah beramai-ramai memukul dan ada yang menggunakan besi pengunci motor. Laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.

Di Sungai Buloh pula seorang pelajar tingkatan satu telah dibelasah oleh sekumpulan pelajar tingkatan dua dan tiga. Kejadian berlaku semasa Muhammad baru sahaja keluar sekolah untuk pulang ke rumah bila dia tiba-tiba dikerumuni, ditengking dan dipukul beramai-ramai. Muhammad telah dipukul dan ditendang sehingga lebam-lebam dan pakaian sekolahnya koyak.

Pelajar-pelajar ini menuduh Muhammad menjeling mereka dan mengugut supaya tidak melaporkan kejadian itu jika tidak mahu mereka memanggil pelajar tingkatan lima pula memukul dia. Walaupun begitu mangsa dan ibunya telah membuat laporan polis sebelum mendapatkan rawatan di hospital. Apabila ibu Muhammad memberitahu hal itu kepada pengetua sekolah, beliau berkata tidak dapat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku di luar kawasan sekolah.

Ini seolah-olah menunjukkan suasana di sekolah dan perjalanan balik dari sekolah tidak selamat. Satu kajian dan tindakan susulan perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca asal kelemahan tahap disiplin para pelajar masa kini. Mungkin ada mengatakan, ini kejadian terpencil tetapi jika dibiarkan pasti menjadi barah yang boleh merosakkan keseluruhan institusi pendidikan.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat.

Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan. Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small Planet beliau berkata penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah tetapi kurang memakan makanan berserat. Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak makanan berproses. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Adakah diet anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut?

Terlalu banyak lemak dan kolesterol

Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol. Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung. Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja.

Terlalu banyak gula

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat. Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh. Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

Terlalu banyak garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok. Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Terlalu sedikit serat

Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 - 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh. Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu anda harus menentukan sendiri apa yang terbaik untuk diri anda. Untuk memastikan anda makan berlebihan, anda mungkin perlu menimbang berat badan dari semasa ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa.

Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan seharian. Jika anda berkejar ke sana ke mari sepanjang hari, bererti anda telah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding jika anda hanya duduk sepanjang masa. Jika anda memakan melebihi keperluan tubuh, maka lebihan makanan itu akan tersimpan sebagai lemak. Diet anda menentukan keadaan kesihatan anda sepertimana pepatah diri anda ialah apa yang anda makan. Oleh itu penting bagi anda mengamalkan tabiat makan yang baik dari peringkat muda lagi.

Semoga pelajar-pelajar menjaga kesihatan dengan baik agar kecemerlangan diri dan akademik bergantung pada kesihatan yang baik


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Menghormati ibu bapa dituntut dalam Islam kerana kedudukan, martabat dan kemuliaan ibu bapa sangat istimewa serta tinggi sekali sehinggakan ibu bapa adalah yang kedua perlu dihormati selepas yang Maha Pencipta.

Terdapat dua jenis tanggungjawab yang boleh dilakukan anak terhadap ibu bapa mereka kerana jika mereka berbuat ehsan kepada ibu bapa, ia membawa kepada seribu keberkatan untuk si anak yang melakukannya.

Tanggungjawab pertama ialah tanggungjawab yang boleh dilakukan ketika ibu bapa masih hidup, manakala yang kedua ialah perkara yang perlu dilakukan selepas mereka meninggal.

Jika berbuat buat baik kepada ibu bapa, ganjaran yang Allah berikan ialah panjang umur dan murah rezeki. Anak yang sebegini diredhai Allah dan dimasukkan ke dalam syurga-Nya.Selain itu, hidup mereka juga sentiasa dalam keberkatan dan peliharaan Allah serta dijauhkan daripada kesempitan hidup. Besar atau tidak ganjaran yang bakal diperoleh, ia mengatasi pahala berjihad fisabilillah.

Lebih besar daripada itu, anak yang tidak melupakan tanggungjawab kepada ibu bapa mendapat kemuliaan luar biasa dan Allah menjauhkan rasa dukacita serta kesedihan daripada hidupnya.

Tidak sekadar tanggungjawab ketika hidup, apabila ibu bapa meninggal, tanggungjawab yang perlu dilakukan lebih berat iaitu menguruskan jenazah ibu bapa bersama keluarga terdekat.

“Anak sewajarnya menerima berita kematian ibu atau bapa dengan reda dan sabar di atas qada dan qadar serta ketentuan Allah dengan mengucap ‘Inna lillaahi wa inna ilaihiraajiuun’ dan tidak meratap kematian berkenaan.

“Selepas itu segeralah menguruskan jenazah dengan memandi, mengkafan, menyembahyang dan mengebumikan dengan sempurna. Lebih afdal kalau anak berupaya membaca sendiri talkin untuk orang tua mereka.”

Selain itu, tanggungjawab lain perlu dilakukan ialah menyelesaikan hutang piutang ibu bapa dan membahagikan harta peninggalan mengikut hukum faraid yang ditetapkan supaya tidak timbul sebarang perbalahan di kalangan mereka yang berhak menerimanya.

Anak juga boleh mengqada puasa untuk ibu bapa mereka sekiranya ibadat tertangguh ketika hayatnya. Kalau berkemampuan, upah orang mengerjakan haji atau umrah bagi kedua-dua ibu bapa yang sudah meninggal itu.

Teknik Mengigat


Assalamulaikum dan salam sejahtera.

#1 # Baca buku atau nota
-Nota yang dibaca jangan terlalu panjang
-Hadkan kepada perkara yang mampu kamu ingat sahaja

#2 #Fahami apa yang dibaca
-Jika tidak faham nota yang dibaca, ulangi hingga faham
-Jika perlu, ulangi hingga beberapa kali

#3 #Tutup mula
-Ingat semula apa yang kamu baca dan faham daripada pembacaan
-Bina soalan tentang perkara yang kamu baca
-Jika tidak ingat dan tidak dapat menjawab soalan yang dibina, buka semula buku dan ulangi pembacaan
-Jika ingat dan dapat menjawab , terus ke Teknik 4

#4#Baca semula nota
- Baca mengikut teknik-teknik di atas sebelum membaca nota seterusnya

* Bagi yg muslim..
*Selawat Untuk Mudah Ingat Dan Payah Lupa


Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya: Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya. Kemudian Sayidina Othman r.a berkata: Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

Selamat menunaikan kewajipan.

Gengsterisme


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

PERKEMBANGAN mutakhir memperlihatkan gejala disiplin pelajar yang semakin membimbangkan. Ramai yang menyuarakan pendapat untuk mengatasi masalah ini. Pelbagai persoalan timbul. Adakah masalah disiplin itu berpunca daripada pihak sekolah? Namun bagaimana pula peranan ibu bapa dan keluarga sendiri? Sejauh manakah keprihatinan pemimpin dalam soal ini dan bagaimana pula reaksi institusi agama untuk menanganinya?

Keruntuhan akhlak, masalah disiplin dan kewujudan kumpulan samseng di sekolah cukup menyedihkan. Lebih memilukan kerana ia membabitkan pelajar beragama Islam. Laporan media menunjukkan terdapat tiga kes buli pada bulan lalu, termasuk satu yang membawa kematian. Mohd. Hadzrin Mohamad meninggal dunia setelah koma lapan hari akibat dipukul oleh sekumpulan 24 remaja di Cheras.

Kumpulan pelajar samseng ini seolah-olah hilang pertimbangan diri dan kewarasan fikiran. Mereka bertindak sesuka hati dan perbuatan mereka terkeluar dari jangkaan kita yang waras.Sekolah seolah-olah bukan lagi tempat yang selamat untuk pelajar. Kalau dulu sekolah dapat berperanan memberi perlindungan kepada pelajar namun kini persekitaran di sekolah mendedahkan mereka kepada keganasan. Mereka juga terdedah untuk menjadi ganas. Menurut kajian mengenai gengsterisme ke atas 1,560 sekolah menengah harian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 2005, sejumlah 459 daripadanya terdedah kepada budaya dan pengaruh gengsterisme. Hasil kajian ini sangat membimbangkan.

Kita juga sangat bersimpati dengan para guru di sekolah terbabit. Imej sekolah yang dianggap mulia, tempat mencurahkan ilmu bagi mendidik anggota masyarakat, menjadi mangsa segelintir pelajar yang berperangai seperti orang yang tidak bertamadun. Mungkin punca masalah dan penyelesaian akan diperoleh jika kita sanggup bermuhasabah. Kita perlu kaji serta menilai pengertian sebenar konsep pendidikan. Tujuan dan peranannya terhadap pembangunan insan.

Tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak, kita semua harus insaf dengan kemerosotan akhlak dan moral pelajar serta generasi muda. Ia menandakan ada kesilapan pada sistem pendidikan kita. Bagaimanapun kita juga perlu sedar dan insaf bahawa pendidikan bukanlah tugas pihak tertentu sahaja. Ia adalah amanah dan tanggungjawab semua - meliputi individu, ibu bapa dan keluarga selain pemimpin. Setiap insan bertanggungjawab, bahkan wajib mendidik dirinya sendiri. Kita wajib mencari pelbagai cabang ilmu dan maklumat bagi membentuk cara berfikir dan bertindak yang sehaluan dengan agama, budaya dan nilai-nilai kemanusiaan serta kemasyarakatan.

Dari sudut takrifan, pendidikan adalah "suatu proses penyemaian ilmu secara berterusan kepada insan''. Prof. Syed Mohd. Naquib al-Attas mendefinisikan pendidikan sebagai "satu usaha atau proses menitiskan sesuatu ke dalam diri manusia". Imam Al-Ghazali mengatakan, pendidikan itu ialah mengeluarkan perangai yang buruk yang ada pada manusia dan menyemaikan perangai dan sifat yang baik. Secara umumnya, daripada pandangan di atas kita boleh mengatakan bahawa pendidikan itu bersifat dalaman dengan bermatlamatkan melahirkan insan yang sempurna dan berakhlak mulia serta ia adalah proses yang mengambil masa yang panjang. Walau takrifan yang diberikan, dalam memahami pengertian pendidikan, tiga perkara perlu diberi perhatian iaitu proses pendidikan, jenis ilmu dan konsep insan. Kebiasaannya, proses pendidikan dilaksanakan dengan perantaraan pelbagai sistem atau peralatan canggih.

Bagi golongan pendidik, terutamanya para guru mereka perlulah memiliki minat yang mendalam, kewibawaan menyampaikan ilmu dan keperibadian yang luhur untuk memastikan kejayaan proses pendidikan.Para pelajar sukar menerima ilmu dan mencontohi guru yang tidak komited. Apatah lagi yang boleh dipertikaikan peribadi dan akhlaknya walaupun untuk perkara remeh seperti cara bercakap dan berpakaian. Rasa hormat kepada guru adalah antara syarat asas bagi memastikan kejayaan penyaluran ilmu dan nilai-nilai yang baik. Dalam penyaluran ilmu yang tidak formal, ibu bapa perlu sentiasa menyingkirkan sifat buruk daripada menjadi amalan keluarga. Bayangkan konflik jiwa anak-anak jika mereka dihantar ke kelas fardu ain setiap hari tetapi ibu bapa tidak pernah solat atau cuma ke masjid seminggu sekali.

Sementara dalam bidang kepimpinan pula, pemimpin perlu mengawasi diri daripada bersikap "cakap tak serupa bikin" untuk memastikan keberkesanan kepimpinannya. Ini sebenarnya juga suatu bentuk pendidikan. Mereka yang dipimpin akan sentiasa melihat dan menilai apakah yang dilakukan oleh pemimpin dan bagaimanakah bentuk akhlak pemimpin mereka.

Pendeknya, untuk melahirkan golongan pelajar yang berakhlak mulia, ia memerlukan perhatian serius semua pihak. Tanpa kerjasama usaha mendisiplinkan pelajar akan terbantut. Kita tersangat bimbang masa depan para pelajar kini lebih-lebih lagi di era globalisasi yang tiada lagi batas sempadan komunikasi yang menjanjikan sesuatu yang kita sendiri tidak pasti.

Semoga para pelajar menjauhkan diri daripada terlibat dengan gengsterisme.

Buli


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernahkah anda dibuli? Walau di sekolah mana anda berada sama ada sekolah biasa atau sekolah berasrama, gejala buli bukan lagi sesuatu yang pelik lagi. Ia seolah-olah satu kelaziman dan pasti dihadapi oleh semua yang pernah menempuh zaman persekolahan.

Kerap kali, pelajar lelaki lebih ramai terlibat dengan kes-kes membuli. Terdapat tiga jenis buli melibatkan fizikal seperti menendang, menumbuk, mengambil atau merosakkan barangan orang lain. Buli jenis kedua melibatkan verbal seperti memanggil nama seseorang dengan gelaran-gelaran yang memalukan dan meminta duit saku daripada pelajar lain. Sementara itu jenis ketiga melibatkan emosi seperti mengejek, mempersenda atau menyebarkan fitnah-fitnah mengenai seseorang.

Seperti yang diketahui, buli berlaku pada pelajar yang dilihat sebagai lemah berbanding pembuli. Masalah buli di sekolah ini sebenarnya menjadi antara punca utama pelajar yang dibuli tidak suka ke sekolah dan akhirnya menyebabkan pencapaiannya lemah.Perasaan takut dibuli juga menyebabkan pelajar yang dibuli enggan ke sekolah. Ada juga mangsa buli yang mula membenci sekolah. Lebih buruk lagi, jika berterusan, kejadian buli akan memberikan tekanan emosi kepada mangsa. Mangsa akan menjadi kesunyian, murung dan tidak selamat. Menurut kajian yang pernah dilakukan oleh pakar psikologi kanak-kanak, mangsa yang mengalami kejadian buli berterusan akan mengalami masalah sakit perut, mimpi buruk, sentiasa gementar dan sering berada dalam ketakutan.

Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan jika anda dibuli di sekolah ialah:

1. Melaporkan kepada guru
2. Tingkatkan kemahiran bersosial
3. Belajar seni pertahankan diri untuk mengelak diri daripada dibuli
4. Tegas dan yakin diri serta asertif agar pembuli tidak berani membuli anda


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kehidupan seseorang akan lebih terurus dan lancar sekiranya mempunyai pengurusan masa yang baik. Disiplin yang tinggi dan ketat perlu bagi memastikan kelancaran kepada pengurusan masa yang baik dan secara tidak langsung akan menjayakan seseorang itu kepada apa yang dirancang.

Bagaimana dengan anda? Adakah anda mempunyai pengurusan masa dengan membuat satu jadual harian untuk hidup anda? Jika YA, angkat tangan.

Sesetengah orang memang lemah dalam pengurusan masa ini. Ada membina jadual bagi mengurus perjalanan kehidupan hari-hari tetapi jadual tinggal jadual. Cuma bertahan beberapa hari sahaja selepas itu entah ke mana jadualnya.

Walau tidak mengikut jadual tetapi sesetengah orang merasakan rutin harian setiap hari ada sama seperti biasa. Jadi walau tiada jadual, perjalanan hidup adalah seperti biasa cuma kerja tidak menjadi lebih tertumpu dan fokus kerana ia hanya mengikut keperluan dan kepentingan. Contoh, apa kerja yang perlu disiapkan terlebih dahulu dan penting adalah satu yang perlu diselesaikan dulu.

Setiap orang yang berjaya ada mempunyai sistem jadual yang sendiri dan ketat.Mereka mematuhi jadual mereka. Ini adalah satu kemestian kerana jadual boleh mendisiplinkan kita dalam hidup. Jadi pendek kata “mesti ada jadual untuk pengurusan masa kita dan ia adalah faktor kita berjaya dan menjadi lebih berfokus dalam mengejar matlamat dalam hidup”.
Persoalan yang timbul. Adakah orang yang tidak mempunyai jadual tidak akan berjaya? Siapa hendak jawab angkat tangan. Eh.. Ada ke yang angkat? Bagaimana dengan jawapan anda?

Jadual untuk seseorang itu akan wujud secara tidak langsung walau ia tidak bertulis dan dirancang di atas kertas tetapi ia wujud dengan sendiri kerana berlakunya proses pengulangan rutin-rutin harian seorang. Oleh sebab itu, jadual telah wujud dengan sendiri.

Jika jadual langsung tidak wujud walau dirancang dengan ditulis atau secara tidak langsung daripada rutin harian bermakna orang yang terbabit langsung tidak mempunyai mana-mana arah dalam hidupnya. Ini kerana dia tidak terikat pada sebarang tanggungjawab yang perlu dilakukan. Inilah mengapa aku kata orang yang tidak mempunyai jadual tidak akan berjaya dalam kehidupannya kerana dia tiada sesuatu yang di lakukannya untuk dirinya.

Jadi untuk menjadi lebih berjaya kita perlu pengurusan masa yang baik dan mempunyai jadual untuk menguruskan kehidupan kita. Jadual yang perlu dipatuhi dan diikuti supaya matlamat yang ingin dicapai tercapai dengan lebih cepat dan terancang.

Bahaya Dadah



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bersua lagi dalam ruangan blog ini. Kali ini, moderator forum akan membincangkan bahaya dadah. Pelajar yang baik, pastinya akan berfikiran matang dalam menilai baik buruk sesuatu perkara. Masalah sosial sekarang mudah menjerumuskan remaja untuk terlibat dengan dadah. Adakah pengakhiran kehidupan ini adalah dengan kemelut masalah sosial yang tidak terbatas? Jom, kita lihat info terkini berkaitan dengan dadah.

Demi menjamin kesejahteraan hidup, Islam telah menetapkan panduan dan larangan dalam pengambilan bahan makanan atau kegunaan. Semua ini bertujuan memastikan kesinambungan hidup manusia agar sentiasa terpelihara jasmaninya dan akidahnya. Tegahan makanan kotor, serta yang memudharatkan adalah jelas. Larangan Ini adalah termasuk memakan bahan-bahan yang memabukkan.

Perbuatan penyalahgunaan dadah adalah sesuatu yang dilarang kerana ia memberi impak yang besar kepada kesihatan diri, kewarasan akal serta merosakkan akidah. Penyalahgunaan dadah adalah umpama sengaja meletakkan diri ke dalam kebinasaan, sebagaimana Firman Allah dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud:

“Janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.”

Islam melarang keras mendekati dadah apatah lagi menjerumuskan diri ke dalam perangkapnya, kerana antara kesan utama dadah ialah:

· Merosakkan diri sendiri
· Menghancurkan rumahtangga
· Menimbulkan masalah jenayah
· Mendatangkan penyakit berbahaya seperti HIV/AIDS
· Membunuh diri.

Statistik Dadah di Malaysia

Laporan Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) 2006, menunjukkan 300,241 warga Malaysia telah dikesan sebagai pengguna dadah di antara tahun 1988 hingga bulan Disember 2006. Amnya seramai 1,900 pengguna dadah baru dapat dikesan setiap bulan. Majoriti penguna dadah adalah golongan pemuda/pemudi di bawah umur 29 tahun. Masaslah dengan penyalahgunaan dadah ialah ia bukan sahaja memudaratkan individu berkenaan serta keluarga mangsa, tetapi memberi kesan langsung terhadap keharmonian sosial, ketenteraman, serta produktiviti ekonomi negara. 75% dari jumlah penagih dadah yang dikesan adalah berbangsa Melayu.


Statistik HIV/AIDS di Malaysia

Malaysia ialah tempat epidemik AIDS yang kelima paling pesat merebak di rantau Asia Timur dan Pasifik dengan kadar semasa jangkitan HIV berganda setiap tiga (3) tahun. Di antara tahun 1986 di mana kes pertama dikesan, hingga hujung tahun 2006, seramai 76,389 orang telah dijangkiti HIV, manakala 9,155 orang telah meninggal dunia akibat AIDS. Statistik ini membayangkan purata 17 orang akan diuji positif bagi penyakit ini setiap hari.

HIV/AIDS di Kalangan Wanita Malaysia

Jumlah wanita yang dijangkiti HIV telah bertambah dengan pesat pada dekad yang lalu daripada 4% dalam tahun 1995 kepada 15% di akhir tahun 2006. Kajian menunjukkan pada tahun 2006, lebih banyak suri rumah diuji positif HIV, berbanding dengan pekerja seks (pelacur). Pada masa yang sama, peratus bayi yang dilahirkan dengan HIV juga meningkat dari 0.2% kes pada tahun 1991 kepada 1.4% kes bagi tahun 2006.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bertemu kembali di alam maklumat. Semoga pelajar-pelajar makin meningkat motivasi diri dari hari ke hari. Tanpa motivasi diri, tiada kejayaan yang akan datang. Pada kali ini, beberapa kata-kata motivasi disediakan untuk tatapan pelajar. Semoga berolah sesuatu yang bermakna.

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya

sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas.Kita adalah kapal yg belayar dilautan
telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan
layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.


3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada
bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia
akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak
tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari
batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti

sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya
enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati

mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di
malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan
pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga
ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha

Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun
kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu
sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk
bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan

hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka
belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya
layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada
melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu
kadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan
dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan
yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah
untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang
diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita

ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa
itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu
pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal
kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan
membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu
adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang
mengelakkannya kerana takut padaKu,
maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam
hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang
bersinar-bersinar,
tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi
rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;
Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana
Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan
Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji."

37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan
perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.
Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39) " Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah
menerima
sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

40) " Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji
keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak
hati tidak sanggup menerima penderitaan. ( Harieta Wahab)

41) Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

42) " Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi
merupakan
satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) " Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup
seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44) " Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka
berlumba-lumbalah
beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,

Harta itu satu tamu yang akan berangkat,
kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari
sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg
mensia-siakan sahabat yg telah dicari"

47) " Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada
harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya
pinjaman dan mati tak berteman.."

49) " Lidahmu adalah bentengmu, jika e***** menjaganya m aka
ia akan menjagamu, dan jika e***** membiarkannya
maka ia tidak akan mempedulikanmu"

50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat
menguasai dirinya sendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang,
Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan,
sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki,
tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada."

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini,
adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan e***** akan menjadi terhebat.
Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan e***** akan mencapai yang tertinggi."

56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang
berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai
peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali
semula ke pada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut
kesempatan yang menjelma."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari

semangat yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak
melakukan perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa
melakukan yang terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa
jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan."