Objektif

Program Counseling Tech.Net “We Care, We Alert” adalah program anjuran unit bimbingan dan kaunseling. Program ini dirancang berdasarkan kepentingan serta tugas dan tanggungjawab unit bimbingan dan kaunseling dalam memberi pengetahuan dan input yang berguna bagi membuka minda para pelajar berkaitan isu-isu semasa dan terkini iaitu melibatkan akademik, kerjaya, psikososial, keluarga, kepimpinan, peribadi, aktiviti, pengurusan diri, pendidikan dan pencegahan dadah, HIV/AIDS, dan motivasi. Program seperti ini juga mewujudkan perkongsian pendapat dan pandangan di samping mendedahkan pelajar dengan dunia teknologi. Dengan pendedahan yang diberikan, diharap para pelajar dan semua pihak dapat menilai dan meningkatkan potensi diri ke arah perubahan yang lebih lebih baik. Justeru diharap program ini dapat memberi faedah kepada pelajar dan semua pihak di samping memberi pengalaman baru.

Semoga blog ini membantu pengurusan pelajar
Latest News

Bahaya Dadah



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bersua lagi dalam ruangan blog ini. Kali ini, moderator forum akan membincangkan bahaya dadah. Pelajar yang baik, pastinya akan berfikiran matang dalam menilai baik buruk sesuatu perkara. Masalah sosial sekarang mudah menjerumuskan remaja untuk terlibat dengan dadah. Adakah pengakhiran kehidupan ini adalah dengan kemelut masalah sosial yang tidak terbatas? Jom, kita lihat info terkini berkaitan dengan dadah.

Demi menjamin kesejahteraan hidup, Islam telah menetapkan panduan dan larangan dalam pengambilan bahan makanan atau kegunaan. Semua ini bertujuan memastikan kesinambungan hidup manusia agar sentiasa terpelihara jasmaninya dan akidahnya. Tegahan makanan kotor, serta yang memudharatkan adalah jelas. Larangan Ini adalah termasuk memakan bahan-bahan yang memabukkan.

Perbuatan penyalahgunaan dadah adalah sesuatu yang dilarang kerana ia memberi impak yang besar kepada kesihatan diri, kewarasan akal serta merosakkan akidah. Penyalahgunaan dadah adalah umpama sengaja meletakkan diri ke dalam kebinasaan, sebagaimana Firman Allah dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud:

“Janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.”

Islam melarang keras mendekati dadah apatah lagi menjerumuskan diri ke dalam perangkapnya, kerana antara kesan utama dadah ialah:

· Merosakkan diri sendiri
· Menghancurkan rumahtangga
· Menimbulkan masalah jenayah
· Mendatangkan penyakit berbahaya seperti HIV/AIDS
· Membunuh diri.

Statistik Dadah di Malaysia

Laporan Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) 2006, menunjukkan 300,241 warga Malaysia telah dikesan sebagai pengguna dadah di antara tahun 1988 hingga bulan Disember 2006. Amnya seramai 1,900 pengguna dadah baru dapat dikesan setiap bulan. Majoriti penguna dadah adalah golongan pemuda/pemudi di bawah umur 29 tahun. Masaslah dengan penyalahgunaan dadah ialah ia bukan sahaja memudaratkan individu berkenaan serta keluarga mangsa, tetapi memberi kesan langsung terhadap keharmonian sosial, ketenteraman, serta produktiviti ekonomi negara. 75% dari jumlah penagih dadah yang dikesan adalah berbangsa Melayu.


Statistik HIV/AIDS di Malaysia

Malaysia ialah tempat epidemik AIDS yang kelima paling pesat merebak di rantau Asia Timur dan Pasifik dengan kadar semasa jangkitan HIV berganda setiap tiga (3) tahun. Di antara tahun 1986 di mana kes pertama dikesan, hingga hujung tahun 2006, seramai 76,389 orang telah dijangkiti HIV, manakala 9,155 orang telah meninggal dunia akibat AIDS. Statistik ini membayangkan purata 17 orang akan diuji positif bagi penyakit ini setiap hari.

HIV/AIDS di Kalangan Wanita Malaysia

Jumlah wanita yang dijangkiti HIV telah bertambah dengan pesat pada dekad yang lalu daripada 4% dalam tahun 1995 kepada 15% di akhir tahun 2006. Kajian menunjukkan pada tahun 2006, lebih banyak suri rumah diuji positif HIV, berbanding dengan pekerja seks (pelacur). Pada masa yang sama, peratus bayi yang dilahirkan dengan HIV juga meningkat dari 0.2% kes pada tahun 1991 kepada 1.4% kes bagi tahun 2006.

Currently have 1 pandangan:

  1. Semi says:

    Ada x statistik dadah terkini?

Leave a Reply

Post a Comment