Objektif

Program Counseling Tech.Net “We Care, We Alert” adalah program anjuran unit bimbingan dan kaunseling. Program ini dirancang berdasarkan kepentingan serta tugas dan tanggungjawab unit bimbingan dan kaunseling dalam memberi pengetahuan dan input yang berguna bagi membuka minda para pelajar berkaitan isu-isu semasa dan terkini iaitu melibatkan akademik, kerjaya, psikososial, keluarga, kepimpinan, peribadi, aktiviti, pengurusan diri, pendidikan dan pencegahan dadah, HIV/AIDS, dan motivasi. Program seperti ini juga mewujudkan perkongsian pendapat dan pandangan di samping mendedahkan pelajar dengan dunia teknologi. Dengan pendedahan yang diberikan, diharap para pelajar dan semua pihak dapat menilai dan meningkatkan potensi diri ke arah perubahan yang lebih lebih baik. Justeru diharap program ini dapat memberi faedah kepada pelajar dan semua pihak di samping memberi pengalaman baru.

Semoga blog ini membantu pengurusan pelajar
Latest News

Buli


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernahkah anda dibuli? Walau di sekolah mana anda berada sama ada sekolah biasa atau sekolah berasrama, gejala buli bukan lagi sesuatu yang pelik lagi. Ia seolah-olah satu kelaziman dan pasti dihadapi oleh semua yang pernah menempuh zaman persekolahan.

Kerap kali, pelajar lelaki lebih ramai terlibat dengan kes-kes membuli. Terdapat tiga jenis buli melibatkan fizikal seperti menendang, menumbuk, mengambil atau merosakkan barangan orang lain. Buli jenis kedua melibatkan verbal seperti memanggil nama seseorang dengan gelaran-gelaran yang memalukan dan meminta duit saku daripada pelajar lain. Sementara itu jenis ketiga melibatkan emosi seperti mengejek, mempersenda atau menyebarkan fitnah-fitnah mengenai seseorang.

Seperti yang diketahui, buli berlaku pada pelajar yang dilihat sebagai lemah berbanding pembuli. Masalah buli di sekolah ini sebenarnya menjadi antara punca utama pelajar yang dibuli tidak suka ke sekolah dan akhirnya menyebabkan pencapaiannya lemah.Perasaan takut dibuli juga menyebabkan pelajar yang dibuli enggan ke sekolah. Ada juga mangsa buli yang mula membenci sekolah. Lebih buruk lagi, jika berterusan, kejadian buli akan memberikan tekanan emosi kepada mangsa. Mangsa akan menjadi kesunyian, murung dan tidak selamat. Menurut kajian yang pernah dilakukan oleh pakar psikologi kanak-kanak, mangsa yang mengalami kejadian buli berterusan akan mengalami masalah sakit perut, mimpi buruk, sentiasa gementar dan sering berada dalam ketakutan.

Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan jika anda dibuli di sekolah ialah:

1. Melaporkan kepada guru
2. Tingkatkan kemahiran bersosial
3. Belajar seni pertahankan diri untuk mengelak diri daripada dibuli
4. Tegas dan yakin diri serta asertif agar pembuli tidak berani membuli anda

Currently have 0 pandangan:

Leave a Reply

Post a Comment