Objektif

Program Counseling Tech.Net “We Care, We Alert” adalah program anjuran unit bimbingan dan kaunseling. Program ini dirancang berdasarkan kepentingan serta tugas dan tanggungjawab unit bimbingan dan kaunseling dalam memberi pengetahuan dan input yang berguna bagi membuka minda para pelajar berkaitan isu-isu semasa dan terkini iaitu melibatkan akademik, kerjaya, psikososial, keluarga, kepimpinan, peribadi, aktiviti, pengurusan diri, pendidikan dan pencegahan dadah, HIV/AIDS, dan motivasi. Program seperti ini juga mewujudkan perkongsian pendapat dan pandangan di samping mendedahkan pelajar dengan dunia teknologi. Dengan pendedahan yang diberikan, diharap para pelajar dan semua pihak dapat menilai dan meningkatkan potensi diri ke arah perubahan yang lebih lebih baik. Justeru diharap program ini dapat memberi faedah kepada pelajar dan semua pihak di samping memberi pengalaman baru.

Semoga blog ini membantu pengurusan pelajar
Latest News

Cara Ambil Wuduk Dengan Betul


Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya: Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya. Kemudian Sayidina Othman r.a berkata: Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

Selamat menunaikan kewajipan.

Currently have 0 pandangan:

Leave a Reply

Post a Comment