Objektif

Program Counseling Tech.Net “We Care, We Alert” adalah program anjuran unit bimbingan dan kaunseling. Program ini dirancang berdasarkan kepentingan serta tugas dan tanggungjawab unit bimbingan dan kaunseling dalam memberi pengetahuan dan input yang berguna bagi membuka minda para pelajar berkaitan isu-isu semasa dan terkini iaitu melibatkan akademik, kerjaya, psikososial, keluarga, kepimpinan, peribadi, aktiviti, pengurusan diri, pendidikan dan pencegahan dadah, HIV/AIDS, dan motivasi. Program seperti ini juga mewujudkan perkongsian pendapat dan pandangan di samping mendedahkan pelajar dengan dunia teknologi. Dengan pendedahan yang diberikan, diharap para pelajar dan semua pihak dapat menilai dan meningkatkan potensi diri ke arah perubahan yang lebih lebih baik. Justeru diharap program ini dapat memberi faedah kepada pelajar dan semua pihak di samping memberi pengalaman baru.

Semoga blog ini membantu pengurusan pelajar
Latest News

Penguruan Masa Yang Terancang


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kehidupan seseorang akan lebih terurus dan lancar sekiranya mempunyai pengurusan masa yang baik. Disiplin yang tinggi dan ketat perlu bagi memastikan kelancaran kepada pengurusan masa yang baik dan secara tidak langsung akan menjayakan seseorang itu kepada apa yang dirancang.

Bagaimana dengan anda? Adakah anda mempunyai pengurusan masa dengan membuat satu jadual harian untuk hidup anda? Jika YA, angkat tangan.

Sesetengah orang memang lemah dalam pengurusan masa ini. Ada membina jadual bagi mengurus perjalanan kehidupan hari-hari tetapi jadual tinggal jadual. Cuma bertahan beberapa hari sahaja selepas itu entah ke mana jadualnya.

Walau tidak mengikut jadual tetapi sesetengah orang merasakan rutin harian setiap hari ada sama seperti biasa. Jadi walau tiada jadual, perjalanan hidup adalah seperti biasa cuma kerja tidak menjadi lebih tertumpu dan fokus kerana ia hanya mengikut keperluan dan kepentingan. Contoh, apa kerja yang perlu disiapkan terlebih dahulu dan penting adalah satu yang perlu diselesaikan dulu.

Setiap orang yang berjaya ada mempunyai sistem jadual yang sendiri dan ketat.Mereka mematuhi jadual mereka. Ini adalah satu kemestian kerana jadual boleh mendisiplinkan kita dalam hidup. Jadi pendek kata “mesti ada jadual untuk pengurusan masa kita dan ia adalah faktor kita berjaya dan menjadi lebih berfokus dalam mengejar matlamat dalam hidup”.
Persoalan yang timbul. Adakah orang yang tidak mempunyai jadual tidak akan berjaya? Siapa hendak jawab angkat tangan. Eh.. Ada ke yang angkat? Bagaimana dengan jawapan anda?

Jadual untuk seseorang itu akan wujud secara tidak langsung walau ia tidak bertulis dan dirancang di atas kertas tetapi ia wujud dengan sendiri kerana berlakunya proses pengulangan rutin-rutin harian seorang. Oleh sebab itu, jadual telah wujud dengan sendiri.

Jika jadual langsung tidak wujud walau dirancang dengan ditulis atau secara tidak langsung daripada rutin harian bermakna orang yang terbabit langsung tidak mempunyai mana-mana arah dalam hidupnya. Ini kerana dia tidak terikat pada sebarang tanggungjawab yang perlu dilakukan. Inilah mengapa aku kata orang yang tidak mempunyai jadual tidak akan berjaya dalam kehidupannya kerana dia tiada sesuatu yang di lakukannya untuk dirinya.

Jadi untuk menjadi lebih berjaya kita perlu pengurusan masa yang baik dan mempunyai jadual untuk menguruskan kehidupan kita. Jadual yang perlu dipatuhi dan diikuti supaya matlamat yang ingin dicapai tercapai dengan lebih cepat dan terancang.

Currently have 0 pandangan:

Leave a Reply

Post a Comment