Objektif

Program Counseling Tech.Net “We Care, We Alert” adalah program anjuran unit bimbingan dan kaunseling. Program ini dirancang berdasarkan kepentingan serta tugas dan tanggungjawab unit bimbingan dan kaunseling dalam memberi pengetahuan dan input yang berguna bagi membuka minda para pelajar berkaitan isu-isu semasa dan terkini iaitu melibatkan akademik, kerjaya, psikososial, keluarga, kepimpinan, peribadi, aktiviti, pengurusan diri, pendidikan dan pencegahan dadah, HIV/AIDS, dan motivasi. Program seperti ini juga mewujudkan perkongsian pendapat dan pandangan di samping mendedahkan pelajar dengan dunia teknologi. Dengan pendedahan yang diberikan, diharap para pelajar dan semua pihak dapat menilai dan meningkatkan potensi diri ke arah perubahan yang lebih lebih baik. Justeru diharap program ini dapat memberi faedah kepada pelajar dan semua pihak di samping memberi pengalaman baru.

Semoga blog ini membantu pengurusan pelajar
Latest News


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tanjong Malim, Perak - Alam persekolahan memang menyeronokkan. Kita tidak perlu memikirkan kerenah bos yang cerewet, peraturan pejabat yang melambak, dan juga tidak ada persaingan sengit dalam mengejar kenaikan gaji tahunan. Apa yang pasti, kita bersaing secara sihat dengan rakan-rakan bagi menempatkan diri ke universiti. Jika kita gigih berusaha dan memperoleh keputusan yang cemerlang, nescaya membolehkan kita mendapat pekerjaan yang memberi pendapatan yang lumayan.

Namun, apabila kita melangkah kea lam pekerjaan, situasinya sama sekali berbeza. Hal ini kerana kita akan menghadapi pelbagai kerenah rakan sekerja, bos, pelanggan dan sebagainya. Jika kita tidak bersedia dari aspek fizikal dan mental boleh menambahkan rasa tertekan dalam diri kita. Oleh itu, saya ingin berkongsi beberapa tips untuk membantu kita menyediakan diri ke alam pekerjaan. Saat yang paling penting merupakan detik yang paling utama kerana karisma dan kredibiliti kita akan dinilai sepenuhnya.

Pertama: kita tidak haruslah berpakaian kemas. Jangan biarkan diri kita kelihatan selekeh biarpun hanya sekadar pekerjaan yang biasa sahaja. Kita harus ingat bahawa penemu duga akan menilai kita dari awal pandangan mereka. Mungkin kita selalu didedahkan dengan pepatah ‘don’t judge book by its cover’ namun, kita harus ingat bahawa kita tidak dapat menilai hati seseorang buat kali pertama bersemuka. Selain itu, kita juga perlulah memastikan tingkah laku dan air muka kita sentiasa ceria untuk memberikan imej yang baik kepada penemu duga.

Kedua: kita hendaklah memastikan diri kita sampai awal setengah jam lebih awal dari masa yang ditetapkan. Hal ini penting bagi memastikan diri kita tidak kelam kabut dan gelabah apabila berada dalam situasi ini. Kita juga tidak boleh cuba untuk menipu penemu duga kerana mereka lebih cerdik dan tahu apa yang berlaku. Jika kita melakukan perkara sedemikian, ia sebenarnya tengah memperbodohkan diri kita.

Ketiga: Pastikan resume yang dikehendaki disusun dengan rapi beserta dengan sijil-sijil yang telah difotokopi. Kita juga perlulah meletakkan semuanya dalam satu folder khas yang dikhaskan untuk sijil. Keadaan ini secara tidak langsung dapat memberi gambaran kepada penemu duga bahawa anda bukanlah seorang yang kelam kabut dan tidak kemas.

Keempat: Ketika berkomunikasi, kita hendaklah berkomunikasi dengan suara yang jelas, terang dan yakin dengan setiap jawapan dan idea yang kita lontarkan. Dengan ini akan memberi keyakinan kepada penemu duga untuk mengambil kita bekerja dengan dirinya. Kita juga haruslah menunjukkan kematangan dalam setiap jawapan yang diberikan agar penemu duga tahu akan kebolehan kita dan tidak teragak-agak untuk mengambil kita bekerja dengannya.

Kelima: Aspek ini merupakan yang paling utama ketika berhadapan dengan penemu duga. Elakkan diri kita daripada menjadi gelabah dengan penemu duga. Anggaplah bahawa kita sedang behadapan dengan keluarga kita dalam suasana formal. Elakkan daripada melakukan lawak dan cuba menjawab dalam keadaan yang tenang dan matang.

Keenam: Apabila menjawab soalan yang diajukan oleh penemu duga, janganlah tergagap-gagap untuk memberikan jawapan. Pandang tepat matanya dan jangan sesekali menundukkan kepala kerana ia menampakkan yang anda sedang melakukan kesalahan yang besar. Jika anda tunduk malu-malu kucing akan menggambarkan anda seorang yang tida yakin dengan diri sendiri. Jika kita tidak mempunyai keyakinan yang tinggi, bagaimana kita mampu untuk melaksanakan tugas dengan sempurna kelak.

Ketujuh: Demi melakukan persediaan yang rapi, kita digalakkan untuk mengkaji tentang latar belakang syarikat atau tempat kerja tersebut. Sediakan juga bank soalan yang boleh anda tanyakan tentang organisasi syarikat tersebut. Biasanya setelah penemu duga habis menemu duga kita, mereka akan memberi peluang kepada kita untuk menanyakan soalan kepada mereka, jadi ambillah kesempatan ini untuk menanyakan apa jua bentuk soalan yang berkaitan dengan latar belakang organisasi ataupun syarikat tersebut. Dengan ini akan menampakkan diri anda memiliki karisma dan kebolehan dengan kerjaya yang dipohon.

Kelapan: Seandainya kita pandai berbahasa asing, ia juga merupakan satu bonus kepada diri kita. Jadi, tidak rugi seandainya untuk mempelajari bahasa-bahasa ini. Rebutlah peluang yang ada jangan mudah menyerah.

"We Care, We Alert"

Currently have 0 pandangan:

Leave a Reply

Post a Comment