Objektif

Program Counseling Tech.Net “We Care, We Alert” adalah program anjuran unit bimbingan dan kaunseling. Program ini dirancang berdasarkan kepentingan serta tugas dan tanggungjawab unit bimbingan dan kaunseling dalam memberi pengetahuan dan input yang berguna bagi membuka minda para pelajar berkaitan isu-isu semasa dan terkini iaitu melibatkan akademik, kerjaya, psikososial, keluarga, kepimpinan, peribadi, aktiviti, pengurusan diri, pendidikan dan pencegahan dadah, HIV/AIDS, dan motivasi. Program seperti ini juga mewujudkan perkongsian pendapat dan pandangan di samping mendedahkan pelajar dengan dunia teknologi. Dengan pendedahan yang diberikan, diharap para pelajar dan semua pihak dapat menilai dan meningkatkan potensi diri ke arah perubahan yang lebih lebih baik. Justeru diharap program ini dapat memberi faedah kepada pelajar dan semua pihak di samping memberi pengalaman baru.

Semoga blog ini membantu pengurusan pelajar
Latest News

25 Rahsia Untuk Disenangi


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tanjong Malim, Perak-

25 rahsia untuk disenangi.

Adalah penting untuk kita mempunyai ramai kenalan yang mana dapat membantu kita dalam kehidupan pada masa akan datang. Dengan ini juga akan membantu kita melancarkan setiap perkara yang kita perlukan dalam kerjaya kita khususnya. Hal ini secara tidak langsung bukan sahaja memudahkan kerja kita tetapi juga dapat menghasilkan banyak peluang untuk kita memajukan diri kita dalam bidang kerjaya yang diceburi. Oleh yang demikian, muali sekarang anda perlulah memulakan langkah berkenalan dengan orang ramai seramai yang mungkin. Namun demikian, ia bukanlah sesuatu langkah yang mudah kerana kita akan berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia yang pelbagai dan cerewet. Oleh itu, di bawah ini, saya sediakan beberapa tips yang boleh anda gunakan dalam kehidupan anda agar diri anda lebih mudah didampingi dan disenangi.

1. Jangan sombong. Perlakuan ini amat penting untuk dijaga dalam kehidupan kita seharian. Kita perlulah menjaga perlakuan kita dari semua aspek baik dari segi perlakuan, pertuturan, pergerakan badan dan pandangan mata. Kita tidak akan mendapat kerugian apa-apa andai kita mengamalkan rendah diri dan beralah dengan orang lain.

2. Jangan kedekut untuk memberikan senyuman. Kita harus ingat bahawa sedekah itu merupakan adalah satu ibadah yang mudah kita laksanakan. Oleh yang demikian, berikanlah senyuman kepada setiap manusia yang kita kenal dan baru kenal. Namun demikian, kita haruslah juga berjaga-jaga, jangan sampai kita memberikan senyuman kepada semua orang kerana kita akan di label sebagai manusia yang kurang berakal atau gila.

3. Tunjukkan keikhlasan kita. Kita perlulah ingat bahawa semua orang ingin dihargai dan merasa diri mereka diperlukan. Oleh itu, kita janganlah terlalu memilih kawan kerana asam garam kehidupan kita tidak akan dapat menjangka apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Jangan hanya senyum atau tegr kawan apabila kita tidak mendapat kawa yang lain. Keadaan ini membuktikan kita tidak ikhlas dalam bersahabat. Setelah mendapat kawan, janganlah pula kita lupa untuk menegur mereka yang pernah hadir dalam kehidupan kita.

4. Percaya kepada diri sendiri. Keyakinan yang jitu dapat memberikan keyakinan diri yang utuh dalam diri kita. Kebanyakan mereka yang mudah bergaul merupakan mereka yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam diri mereka.

5. Mempunyai pendirian diri yang teguh. Secara umumnya, ramai orang akan mengagui mereka yang berani dalam mengutarakan pendapat masing-masing. Namun demikian, kita perlulah pandai membawa diri dan tidak menceritakan sesuatu itu dengan membuta tuli. Dengan ini barulah kita yakin dengan apa yang telah kita lakukan dan secara tidak langsung kita dapat menghadapi sebarang cabaran yang datang dengan tenang dalam kehidupan ini.

6. Bersikap terbuka. Walaupun kita mempunyai pendapat kita masing-masing namun, cubalah untuk mendengar pendapat mereka yang lain dulu. Dengan ini secara tak langsung menampakkan bahwa kita seorang yang betanggungjawab dan berdedikasi.

7. Jangan suka memotong percakapan orang lain. Hal ini perlu dielakkan kerana ia akan memberi gambaran yang negetif kepada diri kita. Namun, jika keadaan memaksa untuk kita melakukan sedemikian, maka tidak dapat dielakkan lagi. Oleh yang demikian, kita cuba gunakan pendekatan yang berkesan dengan melakukannya secara halus dan berdiplomasi.

8. Berikan imej yang baik. Jangan bercakap terlalu agar dalam sesuatu perjumpaan kerana ia akan menyebabkan orang lain akan cepat boring dengan diri kita dan secara tidak langsung akan menimbulkan rasa menyampah dalam diri mereka terhadap kita.

9. Jangan sesekali meminta pertolongan orang lain yang bersifat peribadi. Hal ini kerana pelbaga perkara boleh terjadi seandainya kita tersilap langkah dengan mudah mempercayai mereka. Mungkin mereka mempunyai niat yang tidak baik terhadap kita dan secara tidak langsung akan merugikan diri kita pada masa akan datang.

10. Meminta pendapat atau buah fikiran adalah lebih baik daripada meminta bantuan terus. Cara begini akan menimbulkan rasa simpati dan keinginan orang lain untuk membantu kita. Hal ini kerana semua orang akan cuba membantu kita seandainya mereka terdaya namun jika kita memerlukan mereka melaksanakan sesuatu tentu mereka akan berfikir dua tiga kali sebelum melaksanakannya.

11. Balaslah panggilan telefon orang lain dengan sopan. Dengan ini akan menggalakkan mereka untuk berbesar hati apabila menjawab telefon kita pada masa akan datang. Jadi, jangan kita berkira dengan kos yang keluar ketika membuat panggilan kerana ia akan memberi manfaat kepada kehidupan kita sendiri.

12. Hubungi rakan anda secara rutin. Hal ini adalah penting mengeratkan hubungan kamu semua dan menggalakkan kita daripada terus melupakan kawan yang sema dengan kita dahulu. Walaupun sibuk, cubalah luangkan masa seminit dua untuk bertanyakan khabar mereka da say hello kepada mereka tanda kita masih mengingati mereka.

13. Sentiasa menjaga perhubungan dengan menghantar kad perayaan atau ucapan selamat hari lahir kepada mereka. Keadaan ini akan mengeratkan hubungan perasudaraan dan memastikan hubungan ini dibina diatas landasan yang betul.

14. Jaga cara komunikasi ita terutamanya dengan mereka yang sentiasa memberikan informasi yang berguna kepada kita. Sentiasalah menggunakan bahasa yang bersesuaian dan nada yang terkawal agar mereka tidak berasa diri mereka pengganggu suasana.

15. Sentiasa menjaga penampilan anda. Hal ini kerana sesetengah orang suka menilai orang dari segi luarann dan cara pandang pertama. Tetapi kita perlulah mengelakkan daripada melakukan perkara ini ketika berurusan dengan pelanggan. Kita juga perlulah memakai pakaian yang bersesuain dengan majlis dan situasi agar dapat diterima dalam apa jua keadaan dan golongan manusia.

16. Mempunyai cita-cita dan selalu bergerak aktif. Orang yang selalu mempunyai matlamat dan sentiasa berusaha memang sentiasa disenangi. Jangan menunggu sesuatu untuk berlaku sebaliknya berusahalah agar sesuatu itu berlaku. Keadaan ini penting untuk menggalakkan diri kita agar berusaha dalam mencapai matlamat yang dingini.

17. Jangan mudah beputus asa terhadap sesuatu perkara sebaliknya selulah bersikpa optimis dan yakin dengan sesuatu perkara itu.

18. Berikan penghargaan kepada mereka yang telah menghulurkan bantuan kepada kita biarpun bantuan yang diberikan itu kecil. Jangan kita mudah melupakan pertolongan yang diberikan kerana ia akan membuktikan diri kita cepa lupa diri dan sombong. Setakat mengucapkan terima kasih sdah memadai untuk menjaga perhubungan kita dengan mereka yang terlibat.

19. Elakkan diri daripada bergosip. Jika anda tidak dapat mengelakkannya, adalah lebih baik nada menjadi pendengar sahaja dan bukannya penyebar. Jika sebaliknya berlaku akan menyebabkan diri anda dicop lain dan pandangan masyarakat sekeliling terhadap anda juga akan berubah.

20. Cuba untuk bersosial. Walaupun kita tidak suka bersosial dan selalu mengelakkan diri daripada bersosial, tidak salah rasanya anda cuba untuk memenuhi undangan. Hal ini penting untuk membuka minda kita dalam pergaulan. Keadaan ini secara tidak langsung dapat mengelakkan diri kita daripada di cop sebagai anti-sosial.

21. Selidik dahulu kesilapan orang lain sebelum kita bertindak untuk menegurnya. Tuduhan yang tidak berasas akan menyebabkan diri kita akan rasa bersalah seumur hidup. Selain itu, seandainya orang tidak boleh menerima teguran, mungkin mereka akan bertindak lain terhadap diri kita kelak.

22. Sentiasa berfikiran matang. Dengan ini secara tidak langsung orang lain akan memandang kita dengan pandangan yang berbeza dan kia boleh menjadi tempat untuk rujukan mereka. Kematangan yang kita perlu tonjolkan adalah dari aspek percakapan, perlakuan dan tindakan.

23. Elakkan diri daripada berasa cepat bangga diri apabila dipuji. Mungkin pujian yang diberikan hanya sementara dan kadang-kadang pujian yang diberikan adalah tidak ikhlas dan hanya sementara sahaja untuk mengambil hati.

24. Jangan cepat melenting apabila dikritik. Sentiasalah berfikiran positif dan setiap apa yang berlaku tentu ada hikmahnya dan cubalah menerima kritikan tersebut dan kaji dari sudut yang positif.

25. Banyakkan membaca terutama membaca akhbar. Selain daripada memberi pengetahuan am, ia juga akan membantu kita memahami akan masalah dalam negara dan duni yang berlaku pada masa sekarang. Dengan ini apabila bersembang dengan orang lain, kita tidak akan terpinga-pinga apabila diminta memberikan sesuatu pendapat apabila diminta sekaligus dapat membantu orang lain menghormati kita.


Currently have 0 pandangan:

Leave a Reply

Post a Comment