Objektif

Program Counseling Tech.Net “We Care, We Alert” adalah program anjuran unit bimbingan dan kaunseling. Program ini dirancang berdasarkan kepentingan serta tugas dan tanggungjawab unit bimbingan dan kaunseling dalam memberi pengetahuan dan input yang berguna bagi membuka minda para pelajar berkaitan isu-isu semasa dan terkini iaitu melibatkan akademik, kerjaya, psikososial, keluarga, kepimpinan, peribadi, aktiviti, pengurusan diri, pendidikan dan pencegahan dadah, HIV/AIDS, dan motivasi. Program seperti ini juga mewujudkan perkongsian pendapat dan pandangan di samping mendedahkan pelajar dengan dunia teknologi. Dengan pendedahan yang diberikan, diharap para pelajar dan semua pihak dapat menilai dan meningkatkan potensi diri ke arah perubahan yang lebih lebih baik. Justeru diharap program ini dapat memberi faedah kepada pelajar dan semua pihak di samping memberi pengalaman baru.

Semoga blog ini membantu pengurusan pelajar
Latest News

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Teluk Intan, Perak -Tanggal 12 September 2009, telah berlangsungnya program "Kesedaran Pemilihan Kerjaya dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 6 Rendah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz. Seramai 50 orang pelajar telah terlibat dalam program ini. Program ini bertujuan untuk membantu para pelajar agar sedar tentang konsep kerjaya dan agar pelajar-pelajar mendapat maklumat; kerana para pelajar di peringkat Pra-Universiti seharusnya telah didedahkan dengan pelbagai maklumat berkaitan kerjaya sebelum mereka melangkah ke arena bidang pekerjaan dan sebelum memilih bidang di universiti. Seharusnya pemilihan sesuatu kerjaya perlu dititikberatkan aspek personaliti, minat dan keperluan-keperluan semasa sesuatu pekerjaan. Beberapa aktiviti diadakan sepanjang program ini.

Penggerak program iaitu salah seorang pengendali team "We Care, We Alert" yang telah melaksanakan beberapa aktiviti sepanjang program ini. Program ini bermula pada jam 8 pagi sehingga 6 petang (pada bulan puasa). Walaupun berlangsungnya pada bulan puasa, para pelajar masih bertenaga dan bersemangat mengikuti program. Antara slot yang menarik minat pelajar ialah "Search The Career" dan "Slot What I Have".

Pada awalnya, penggerak program telah bekerjasama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Malah, dari segi pengurusan melibatkan juga Pengetua dan Penolong Kanan Sekolah yang amat memberi kerjasama. Terima kasih diucapkan. Malah, tidak lupa pada bekas pelajar Bimbingan dan Kaunseling yang turut berganding bahu dalam menguruskan pelajar-pelajar sebelum pelaksanaan program. Harapan pelaksana semoga para pelajar mendapat manfaat yang berguna dalam memastikan sesuatu bidang yang diceburi itu kena dan tepat pada diri. Malah, aktiviti yang diadakan lebih berpandu pada bimbingan.

Lontaran pandangan tentang kerjaya Akauntan

Pelaksanaan Slot "Draw The Star"

Pelajar khusyuk mendengar
Pelajar tampil ke hadapan memberi pandangan tentang kerjaya


"Slot Proactive"
Pembentangan

Penyampaian cenderamata

Penyampaian cabutan bertuah

3 Orang Fasilitator Yang Sudi Bersama-sama dan sesi bergambar bersama pelajar-pelajar yang mengikuti program

Bekas Pelajar UPSI yang menjalani praktikum di sekolah tersebut (Pelajar Bimbingan dan Kaunseling)

Barisan Pentadbir Sekolah (P.K Hem dan Pengetua yang turut berbuka puasa bersama-sama)

Bersama-sama berbuka puasa di S.M.K.Sultan Abdul Aziz

Mengendalikan program merupakan salah satu aspek pengurusan pelajar dalam membangunkan diri pelajar dan membimbing mereka dalam usaha melahirkan celik insan yang berguna

"We Care, We Alert"

Currently have 0 pandangan:

Leave a Reply

Post a Comment